LAHIRNYA . . .

My photo
Lahirnya aku adalah untuk menjadi yang terbaik di sisi ALLAH ! Aku harapkan kekuatan dariMU untuk menempuh hari mendatang ! "Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab."

Sunday 20 November 2011

Pencarian tidak berpenghujung

Aku adalah seorang wanita yang masih mentah. Masih memerlukan ilmu untuk teruskan kehidupan. Masih memerlukan kasih sayang. Kasih sayang yang dimaksudkan bukanlah kasih sayang oleh seorang lelaki yang tidak halah bagiku. Tetapi kasih sayang daripada dua orang ibu bapa yang mendidikku daripada aku kecil sehinggalah aku dewasa. Mereka membesarkanku dengan penuh sabar dan tanggungjawab. Aku sayang mereka. 
    
        Setiap hari aku tercari-cari, siapakah diriku? aku sering tertanya-tanya layakkah aku untuk menjadi seorang muslimah yang sentiasa menundukkan pandangan kerana ALLAH? Layakkah aku untuk menjadi seorang muslimah yang taat perintah Allah dan ibu bapa? Layakkah aku untuk menjadi seorang muslimah yang cukup solat lima waktunya kerana ALLAH? Layakkah aku untuk menjadi seorang muslimah yang sentiasa redha dengan sebarang dugaan yang diberikan olehNYA? Layakkah aku untuk menjadi seorang muslimah yang akan menggegarkan dunia seperti Sumayyah? Layakkah aku untuk menjadi seorang muslimah yang sabar seperti sabarnya Zinnirah yang mempertahankan akidah ISLAM ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat? Layakkah aku menjadi seorang muslimah yang berani dan tidak gentar seperti Asma'? aku sering tertanya-tanya. Ingin sekali aku meluahkan apa yang terbuku dihati. 

        Namun kepada siapa. Hanya ALLAH yang mengerti perasaanku saat itu. Jika tidak ku temui jawapannya. Air mata akan mula membasahi pipiku tanpa kusedari. Aku tahu aku seorang hamba yang lemah yang sukar untuk bangun Qiamulail pada malam hari. Aku juga tahu solatku tidaklah selengkap solat Sultan Muhammad Al-Fateh yang tidak pernah tinggal solat witir dan Qiamulail. Aku merintih sendiri. "Aku teringin menjadi seperti tokoh-tokoh zaman kegemilangan ISLAM dahulu. Ya ALLAH, Kau berilah kekuatan kepada hambaMu ini." 

        Pada suatu hari dalam tahun 2011 ini, ibu bapaku menghantar aku ke salah sebuah sekolah menengah kebangsaan agama di Perak. Aku seperti keliru untuk membuat keputusan dan akhirnya mereka yang menentukan bagi pihakku. Aku masih keliru  walaupun namaku telah didaftarkan di sekolah tersebut. Aku melihat kawasan di persekitaranku, sejuk mata memandang kerana aku turut memakai pakaian seperti mereka. Bertudung labuh, berstokin (memang aku amalkan sejak kecil lagi), dan berarmsocks bagi pelajar muslimah manakala bagi pelajar muslimin pula memakai pakaian yang sepatutnya dipakai oleh remaja mulsim. Aku terfikir, adakah ini yang aku cari selama ini? adakah saat ini yang aku tunggu-tunggu selama ini? Aku masih belum menemui jawapan. 

        Di suatu sudut aku termenung sambil otakku berjalan, adakah di tempat ini  ALLAH ingin menjawab segala persoalanku? Aku teruskan pencarian. Setelah beberapa bulan di sekolah itu, aku mula merasai ketenangan, bukan ketenangan yang biasa tetapi ketengan yang sukar ditafsirkan. Di sekolah itu juga, aku sering mendekatkan diriku kepada ALLAH kerana jadual menuntut para pelajar menghabiskan masa di masjid. Namun aku tahu bahawa katenangan ini tidak akan kekal lama selagi aku tidak cuba untuk mengubah diriku ini. ALLAH berfirman dalam kitabNya,

" Sesungguhnya Aku tidak akan mengubah 
sesebuah kaum hingga mereka mengubah diri mereka sendiri "

        Sehinggalah pada suatu hari, ada ramai para Alumni sekolah datang untuk memberi tazkirah dan ingin mengubah akhlak pelajar-pelajar yang sememangnya sama sekali jauh berbeza dengan akhlak pelajar-pelajar ketika zaman mereka. Aku tertarik dengan seorang Alumni ini, nama beliau tidak perlulah aku hebahkan disini kerana aku yakin dia sedang dalam perlindungan ALLAH sekarang, insyaAllah. Alumni ini sering menjenguk ke sekolah dan memberi ceramah-ceramah yang memotivasikan diri. Kadang-kala ada sesetengah ceramahnya membuatku ingin menitiskan air mata kerana aku takut dengan azab ALLAH terhadap orang yang melakukan dosa. 

        Aku bersyukur kerana ALLAH masih ingin memberikan sedikit perasaan takut itu kepada seorang hamba yang hina seperti diriku ini. Seperti baru-baru ini, Alumni tersebut ada memberi caramah berkaitan dengan tarikh 2012. Itu juga merupakan ceramah terakhir beliau pada tahun ini. Apa yang begitu menyentuh jiwaku adalah bagaimana perjalanan kita untuk menyusuri hari-hari mendatang. Aku berasa sangat takut setelah semua perkara dirungkai oleh Alumni tersebut. Jika aku ada kuasa teringin saja aku mengikutnya kemana saja dia pergi. Tetapi aku hanya seorang wanita yang mempunyai perasaan malu yang menyelebungi diri ini. Aku turut berdoa agar aku tidak tergolong dalam golongan orang-orang ROM yang kekal hingga ke hari kiamat. Aku takut menempuhi saat-saat itu kerana aku tahu imanku masih lemah dan Alumni itu memberitahu kami bahawa dia beliau selalu berdoa begini,

" ya ALLAH, jika aku hidup ini adalah untuk membuat maksiat saja lebih 
baik kau matikan aku sajalah dari aku terus lalai dengan keadaan dunia yang nazak ini ya ALLAH. Jika aku hidup ini demi untuk membetulkan keadaan umat ISLAM sekarang 
Kau berilah aku kekuatan dan perlindunganMu ya RABBI. Sesungguhnya aku bukanlah
 Rasul yang sempurna segalanya. Kau bantulah aku ya ALLAH. "

        Alumni tersebut mengakhiri ceramahnya dengan doa tersebut. Aku terasa air mataku bertakung. Cepat-cepat aku lapnya dengan kain telekongku. Aku tak nak kawan-kawan ku melihat aku menangis. Aku hanya pendam perasaan ini deorang diri dan hanya mengadu kepada ALLAH. Aku sering terfikir bagaimana untuk aku tempuhi bahana akhir zaman ini. Hanaya iman yang menentukan. Hanya niat yang menggerakkan. Aku redha dalam tangisan. Dan aku terfikir bukan semua sekolah di dalam dunia ini sempurna walaupun sekolah agama, namun aku harus terus menjaga maruah diri sebagai wanita, aku harus terus menegakkan panji-panji ISLAM, siapa lagi yang akan menegakkan ISLAM pada masa akan datang jika bukan kita yang menegakkannya sendiri, dengan tangan kita sendiri. 

        Jangan sampai satu hari nanti negara kita, Malaysia ditakluk oleh Amerika Syarikat, jika tidak pun oleh negara yang sekutu dengannya. Jangan sampai satu hari nanti Azan tidak kedengaran lagi di bumi Malaysia ini. Jangan sampai satu hari nanti para alim ulama tidak mendapat mengeluarkan kebenran gara-gara disekat oleh rejim zionis. Jangan sampai negara kita menjadi SAMA dari segi budaya dan segalanya seperti di negara barat. MasyaAllah, walaupun bukan semua, namun ada sebahagiannya telah berlaku di negara kita. Nak ke kita menjadi seperti di Iraq, Palestin, dan negara-negara ISLAM yang lain yang sedang dijajah oleh kekejaman manusia yang tidak berperasaan. Anda semua fikirlah. Cubalah renungkan sebentar. Cubalah berfikir apakah sumbangan kita kepada ISLAM ? 

Ingatlah bahawa Allah telah berfirman,

" Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana apa yang telah ALLAH lebihkan sebahagian mereka diatas yang lain dan kerana belanja yang telah mereka keluarkan daripada harta mereka " 
(Surah An-Nisa:34)

        Maka kaum Adam, kau pimpinlah kami-kami ini iaitu kaum Hawa untuk pergi bersamamu berjihad di jalan ALLAH. Sesungguhnya kami mengharapkan perlindunganmu selain bertawakal kepada ALLAH.


Aku akan terus mencari ...

Saturday 30 April 2011

'massage' dari HAWA..


Adam...
Kalau kami tidak membalas salammu, kami dikatakan sombong,
Kalau kami diam apabila ditanya, dikata berlagak pula,
Kalau kami tidak senyum kepadamu, dipanggil poyo,
Kalau kami tidak membalas smsmu, dikatakan kerek.
Adam...
Perempuan bagaimanakah yang engkau mahu jadikan isteri?
Adakah seorang perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelaki?
Atau perempuan yang melunakkan suara apabila bersuara?
Serta perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua?
Ataupun...
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefonnya,
Tidak hirau sekeliling semata-mata meluangkan masa untuk bersms denganmu?
Begitukah calonmu wahai Adam?
Ketahui wahai Adam,
Sesungguhnya, perempuan itu manja,
Suka dibelai, Suka dikasih,
Namun, Adam...
Tahukah kamu apa erti batas pergaulan?
Janganlah sewenang-wenangnya engkau memanggil kami sombong, berlagak, poyo atau kerek.
Kerana...
Kami begitu untuk menjaga aib kamu,
Membantu kamu menghindari diri dari belengu dosa,
Menjauh dari kehinaan,
Kerana kami merupakan fitnah dunia,
Fitnah bagi kamu.
Adam...
Kami ini insan yang lemah,
Janganlah kau cemar iman kami,
Janganlah kau rosakkan mujahadah kami,
Janganlah kau kotori kasih dan cinta kami pada Ilahi,
Kerana kami sedang berperang melawan nafsu,
Sedaya upaya menahan diri daripada godaanmu.
Adam...
Andai kau kasih dan sayang pada kami,
Andai kau mahu membela nasib kami,
Andai kau mahu perempuan solehah menjadi suri dalam taman hati,
Ibu kepada bakal pejuang agama,
Doalah buat kami,
Doalah jua buat dirimu,
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan kami...
Kerana Adam adalah pembela kami.

warkah HAWA untuk Adam


Adam..... Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.


Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.


Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.


Adam... Bukan kerana ramainya kaum Hawa yang menjadi isterimu membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun... terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.


Adam... Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum Adam adalah menguasai terhadap kaum Hawa. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.


Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut. Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.


Adam... Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu Adam terhadapku?

Adam... Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu Adam? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!Adam kau selalu berkata,
Hawa  memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?


Adam... Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,Hawa adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu
 Adam.... pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan konco-konconya.


Bimbinglah daku Adam untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.


Adam... Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan malulah engkau pada Tuhanmu yang Maha Agung itu...

Friday 29 April 2011

Luahan hati ADAM kepada HAWA



K
ami sulit menahan pandangan mata kami ketika melihat kalian, apalagi jika kalian diamanahkan ALLAH kecantikan dan postur yang ideal, kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian, kerana itu lebarkanlah pakaian kalian, dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang. 


Kami juga sulit menahan pendengaran kami ketika berbicara dengan kalian, apalagi jika kalian diamanahkan oleh ALLAH suara yang merdu dengan irama yang mendayu, kerana itu tegaskanlah suara kalian, dan berbicaralah seperlunya. 
Kami juga sulit menahan bayangan-bayangan hati kalian, ketika kalian dapat menjadi tempat mencurahkan isi hati kami, waktu luang kami akan sering terisi oleh bayangan-bayangan kalian, kerana itu janganlah kalian membiarkan kami menjadi curahan hati bagi kalian. 

Kami tahu kami paling lemah bila harus berhadapan dengan kalian, Kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh hanya dengan senyum kalian, Hati kami akan bergetar ketika mendengar kalian menangis, Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian, maka jagalah jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan. 
Maha Besar ALLAH yang tahu akan kelemahan hati kami, hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-Nya kalian akan halal bagi kami. 

Sunday 10 April 2011

Kau 'HERO' dihatiku.

...angin bertiup dengan kencang. Aku terus berpaut pada ranting kecil itu. Kakiku sakit bukan kepalang. Aku melihat ke bawah hanya beberapa meter sahaja jarak antara permukaan air sungai dengan kakiku. Walaupun telah bergantung pada tali yang diikat sebagai petunjuk jalan tetapi disebabkan sikap aku yang sentiasa berangan telah menyebabkan aku  terpisah dengan rakan-rakan yang lain. Matahari kelihatan ingin melabuhkan tirainya. Aku tunggu sahajalah disini sambil mengimbau saat hendak bertolak ke camp ini sementara menunggu bantuan sampai.
            “Barang- barang yang dipesan telah dibawa?” tanya En. Irsyad kepada kami. En. Irsyad adalah guru kelas kami dan seorang yang memahami para pelajarnya. Dia yang mencadangkan perkhemahan ini kononnya untuk merelease tension pelajar-pelajarnya kerana pada tahun ini adalah tahun terakhir kami disekolah. Lebih-lebih lagi tahun ini kami bakal menduduki SPM.
            “Sir. Yes. Sir,”  jawab Adam, meniru gaya seorang ketua polis negara sambil mengangkat tabik ke kepala sebagai menghormati En. Irsyad. Semua yang berada disitu ketawa melihat reaksi Adam. Adam memang pandai meghiburkan orang dan semua pelajar selesa jika bersama dengannya. Selaku ketua tingkatan kami, Adamlah yang akan mengetuai ekspedisi ini.
            “Sebelum itu, cikgu ingin memberi sedikit taklimat sebelum kita dirikan khemah. Pada hari ini, kamu semua sedia maklum bahawa kita akan tinggal disini selama lima hari. Jadi, kepada sesiapa yang masih ragu-ragu dengan keupayaan diri masih boleh dipertimbangkan sekarang kerana waktu masih awal lagi. Jalan keluar juga masih dekat. Nampaknya semua yakin pada diri sendiri walaupun cikgu kata yang kita semua akan menempuh satu cabaran yang amat dasyat di dalam sana. Disini, terdapat nama ahli-ahli beserta kumpulan sekali. Satu kumpulan terdiri daripada lima orang dan memandangkan yang sertai camp ini adalah 28 orang jadi kita ada enam kumpulan. Kumpulan pertama hingga kumpulan ke lima akan diwakili oleh enam orang pelajar dan kumpulan keenam hanya empat orang termasuk cikgu. Amar akan mengetuai kumpulan pertama dan ahlinya Suraya, Syahida, Hanif, dan Chong. Kumpulan kedua diketuai oleh Raju dan ahlinya terdiri daripada Risya, Maya, Hadi, dan Wong. Adam akan megetuai kumpulan ketiga dan ahlinya, aku, Aisya, Luqman, dan Izzat dan inilah satu-satunya kumpulan yang semua pelajarnya melayu. Cikgu teruskan dengan kumpulan keempat.....” semua pelajar amat berpuas hati dengan kumpulan yang telah disusun oleh guru mereka itu.
            “Wah, Ina, Sya tak sangka dapat kumpulan dengan Am. Dah lama Sya tunggu saatni. Ina pulak satu kumpulan dengan Sya. Senanglah kalau macamni. Hehe..” Ucap Aisyah pada diriku. Aisyah memang sudah lama simpan perasaan terhadap Adam, rasanya sejak kami tingkatan dua. Mana ada gadis yang berada di sekolah itu pandang lelaki selain Adam. Adam sahajalah lelaki idaman malaya yang ada dalam sekolah kami. Walaupun masih ada ramai lagi lelaki yang kacak tetapi tiada siapa yang boleh menandingi  kekacakkan Adam. Itu kata merekalah. Bagi aku, Adam tiadalah handsome mana, hanya seorang pelajar lelaki biasa. Betullah cakap orang pandangan setiap orang berbeza mengikut penilaian masing-masing.  pada waktu sekarang, kami diminta untuk mendirikan khemah dan membuat pengurusan diri. Tepat jam  tiga petang ‘night walk’ akan diadakan walaupun pada waktu petang kerana tidak semestinya aktiviti ini akan berakhir pada waktu petang. Aktiviti ini boleh berlarutan sehingga tengah malam jika ada kumpulan yang tidak fasih dalam membaca kompas.
            Tepat jam tiga petang, aktiviti ini akan didahului dengan kumpulan pertama dan diikuti dengan kumpulan seterusnya. Aktiviti ini juga akan berakhir di tempat mereka berkumpul sebelum ini iaitu di tapak perkhemahan. Dimulai dengan Basmallah, kumpulan pertama berangkat dan setibanya ke satu tempat yang sangat aneh kerana tempat itu terdapat lima lorong dan semua kumpulan mengambil lorong masing-masing. kumpulan terakhir bergabung dengan kumpulan pertama.
            “Am, cuba pandang atas..” tanya Luqman kepada Adam sambil menarik belakang bajunya supaya mendongak ke atas.
            “Kenapa? Eh, awan gelapla. Tak mengapa, inilah yang dinamakan advance. Apalah kau ni Man. Ha, dua orang gadis dekat belakang tu okey?” soal Adam pula kepada aku dan Aisyah. Aisyah sukalah apabila Adam caring fasal dia. Tengok, dia sudah tersenyum-senyum macam kerang busuk dekat sini.
            “Kami okey. Teruskan sahaja perjalanan. Kalau Ina letih Ina beritahu Am ya.” Jawab aku yang kebetulan berada di belakang Luqman. Dalam posisi yang ketiga, belakang aku Aisyah dan belakang sekali Izzat. Kiranya macam Izzat menjaga keselamatan di belakanglah. Maklumlah hanya kami dua orang wanita disini. Aisyah sudah tunjuk reaksi pelik kerana diani takut gelap sikit, memandangkan hari semakin gelap, jadi dia telah mula tunjuk perangai manjanya.
            “Am, Sya takut..” Ucap Aisyah sambil bergerak maju kehadapan mengambil posisi Luqman. Ditolaknya aku kebelakang. Apa punya kawanla Aisyahni. Pentingkan diri betul.
            “Kenapa pulak nak takut? Sekarang baru pukul  4.27 minit petang. Terang lagikan. Alah, dekat sini sahaja nampak macam nak hujan tetapi di luar sana masih terang.” Kata Adam penuh rasa tanggungjawab sebagai ketua kumpulan.
            ‘Haraplah Aisyah tidak fikir lain dengan  layanan yang telah diberikan Adam itu. Aku kenal sangat Adam tu. Dari kecil sampailah sekarang tidak pernah berbeza cara dia melayan orang. Semua dianggap sama sahaja walaupun dengan semua peminatnya.’ Bisik hatiku. Adam merupakan jiran sebelah rumahku, ibu bapanya berkawan rapat dengan ibu bapaku dan disebabkan hal inilah kami rapat sejak kecil. Ketika Adam berusia 10 tahun, bapanya ditimpa kemalangan jalan raya sehingga meragut nyawa bapanya. Kini Adam tinggal bersama ibunya dan keluarga aku telah menganggap keluarga Adam sebahagian dari keluargaku. Jadi tidak hairanlah kami ada gambar mandi bersama semasa berusia tiga tahun. Perkara ini juga menyebabkan aku dicemburui oleh peminat-peminat Adam di sekolahku. Walaupun peminat-peminat Adam sering mengambil kesempatan terhadapku tetapi Adam sentiasa ada bagi melindungi diriku dan aku teringat kata-kata ayah Adam..
            “Am mesti melindungi Ina dalam keadaan apa sekalipun dan Am mesti menganggap Ina seperti adik Am sendiri tau. Keluarga mereka banyak berjasa dengan kita, ayah tahu Am seorang anak yang baik dan tidak pernah melawan kata ayah dan ibu. Ayah sayang Am. Am mesti menjadi lelaki yang menegakkan panji-panji Islam suatu hari nanti dan ayah pasti akan menunggu Am di pintu syurga. ” Menitis air mataku melihat adegan antara Adam dan ayahnya pada tujuh tahun lalu ketika saat-saat akhir pemergian aruah ayah Adam.  Sedang asyik aku mengelamun,
            “Ina, dah sampai mana tu? France? Syria? Or Ina tengah bayangkan muka Am yang handsomeni? Haha..” sergah Adam sambil ketawa dari belakang. Terkejut aku dibuatnya.
            “Apani  Am, buat orang terkejut sahaja. Pergilah kacau Sya itu. Dah lama dia tunggu Am. Pergilah teman dia, kesian Ina tengok dia berseorangan dekat situ..” kataku.
            “Subhanallah, ramainya peminat Am ya. Tidak sangka kawan baik Ina sendiri menaruh hati dekat Am. Tetapikan Ina, susahlah jadi orang famousni, hidup tidak tenang, sentiasa diperhati sahaja. Ina tak pernah ke simpan perasaan terhadap Am?” soalnya tepat memandang wajahku.
            ‘Erk.. kenapa pula mamatni tanya soalan macamni dalam hutanni? Buang tabiat apa?..’  selorohku di dalam hati. Soalannya ku biar tanpa jawapan, biarlah masa yang menentukan keadaan.
            “Am, cepatla dah nak masuk pukul empat lebihni nanti lambat pula nak sampai..” jerit Aisya yang mula meletakkan beg sandangnya kebelakang badan sebagai tanda untuk berangkat. Izzat dan Luqman juga turut melakukan perkara yang sama.         
            “Yalah, nak pergilahni. Jom Ina. Lambat Am tinggal sahaja Ina dekat sini, baru Ina tahu betapa pentingnya Am pada Ina.” Ucapnya sambil mendabik dada tanda ‘bagus sangatlah tu’. Teringat aku pada sajak  Adam ketika dia diminta untuk membuat persembahan pada Hari Guru tahun lepas.
‘Hidupkan Silaturahim’
Memang sukar
untuk menyatukan hati
dan bersilaturrahim
bila manusia
hanya menurut kata hati

Memang sukar
untuk menyatukan hati
malah dalam keluarga sendiri
apatah lagi sebangsa, seagama
 senegara malah sedunia
bila ikut hati tanpa panduan suci
begitulah yang akan terjadi
Manusia suka menegakkan
emosi sendiri walau tak pasti
ianya hitam atau putih..
cemar atau bersih
 kerana bila hati dan rasa
menjadi ikutan dan panduan
bukan Al Quran dan Al Hadith
menjadi pegangan, panduan
dan pedoman...
akan terjadilah segala
yang tidak menyenangkan
dan porak perandalah
sesama insan malah...
mencacat celalah sebuah negara.
tercinta....
Marilah kita bersama
menegakkan ukhuwah Islamiah
dan bersilaturrahim
demi berpegang pada tali Allah
dan tidak berpecah belah
atau bercerai-berai...

Nabi tercinta telah meninggalkan
kepada kita umatnya dua perkara
yang jika kita berpegang teguh
kepada keduanya
tidak tersesatlah kita...
iaitulah Al Quran dan Al Hadith
Marilah bersama
kita menjunjungnya
dan mengamalkan
isi panduannya
perintah dan larangnya
demi untuk selamatnya kita
dan bahagia dunia akhirat...
JJJJJ
          “Kuatnya angin..” jerit Adam dari hadapan sambil memalingkan mukanya kebelakang. Angin pada petang itu seperti hendak mengheret kami semua kedalam masalah yang dihadapinya. Kami terpaksa berpaut pada benda-benda yang agak berat dari mengelakkan diri dari tercampak ke tempat lain.
            ‘Ina takut ributlah, for sure dia mengharapkan seseorang untuk melindungi dia..’ monolog Adam sendirian.
            “Am! Ina tiadalah. Tadi dia ada dekat belakang aku, then bila  aku pandang belakang, tengok dia dah tiada. Macam manani? Sorry sangat Adam aku tak dapat tengokkan Ina sebab aku pun dalam keadaan sukar sekarang.” Kata Izzat selaku ahli yang berada di posisi belakang sekali.
            “Tadi Ina berada di hadapan kau ke belakang?” tanya Adam kepada Izzat.
            “Sepatutnya aku berada di belakang sekali, tetapi bila Ina kata dia hendak berada di belakang sekali aku pun bagilah. Lagipun dia lambat sangat tadi, aku pun jalan dahululah.” Jawab Izzat. Tenang. Dia mgetahui bahawa kawan dia yang seorang itu sangat ambil berat akan diriku. Semua kisah hidup Adam berada dalam genggaman Izzat. Mereka kawan baik dari tingkatan satu lagi.
            “Habistu sekarang nak berpecah ke?” tanya Aisyah.
            “Kita semua terpaksa berpecah. Kita sama-sama mencari Ina, okey. Sekarang Sya dan Izzat ikut jalan sana…” Adam memberi arahan sambil menunjukkan jalan di hadapan mereka.
            “Aku dan Luqman akan patah balik dan cari Ina di belakang sana..”Adam menuding jarinya kearah belakang.
            “Tak lama lagi hari nak gelap ni. Kau Izzat jaga anak dara orang elok-elok. Kalau aku tahu apa-apa terjadi pada Sya, nahas kau.” Kata Adam dengan tegas. Itu sebenarnya bukanlah sifatnya yang sebenar tetapi apabila melibatkan keselamatan seorang wanita, dia tidak akan memandang remeh perkara itu. Sungguh, Adam seorang yang melindungi.
            “Beres bro. Kau ingat aku ni jenis kasanova ke. Akuni bukannya macam si Syamsul budak kaki perempuan tu. Even muka dia sekacak kau but aku lagi prefer kaula. Hehe..” seloroh Izzat dengan sengaja.
            “Weh, cukuplah tu. Kesian Ina seorang diri dekat dalam sana tu. Entah terserempak dengan harimau entah tidak.” Luqman menunjukkan kerisauan.
            “Kau jangan main-main dengan benda tu semua. Jaga sikit percakapan kau tu. Aku telah berjanji dengan aruah ayah aku dahulu yang aku akan melindungi Ina dalam keadaan apa sekalipun. Aku akan buktikan pada kamu semua.” Kepimpinan Adam teserlah ketika itu. Semua mata yang memandang dan telinga yang mendengar berasa kagum dan terharu dengan kata-kata Adam sebentar tadi. Dalam pada itu, ada juga yang cemburu dan terguris hati dan mereka semua tidak menyangka bahawa Adam akan mengeluarkan kata-kata seperti itu. Ini menunjukkan bahawa kasih sayang Adam hanya tertumpah pada Ina sahaja.
            “Relaxla. Kau tak usahlah nak berjiwang pulak dekat sini. Cakap besar but kaki tak gerak-gerak pun. Apalah kauni Am.” Seloroh Izzat pada Adam. Semua ketawa mendengar lawak Izzat itu tetapi bukan pada Aisyah. Baginya semua itu tidak mengundang gelak ketawa pun. Hancur hatinya apabila mendengar pengakuan Adam sebentar tadi.
            “Okey semua jom kita gerak sekarang!” Adam memberi semangat kepada semua. Semua menyahut cabaran itu dan mengharungi onak duri di dalam hutan belantara itu demi mencari seorang sahabat.
JJJJJ
Ingatlah sahabatku…
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.


Wahai sahabatku…
Engkau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.


Sahabatku..
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.


Ingatlah sahabatku…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah,
Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya keredhaan dari Allah.


Sahabatku …
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.


Ingatlah sahabatku..
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.


Senyumlah sahabatku..
Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.
                
                       Khas buat Alia Sabrina Mohd Siddiq
            Sementara hendak meneruskan perjalanan yang seterusnya, sempat lagi Adam membuat nukilan untuk Alia Sabrina. Dia mengharap sangat supaya Allah memberi petunjuk kepadanya kerana Alia Sabrina adalah tanggungjawabnya. Hari semakin gelap dan bayang Alia Sabrina juga sukar untuk dicari.
JJJJJ
            “Ya Allah, sesungguhnya Kau maha Pemberi Petunjuk maka kau berilah petunjuk kepada rakan-rakanku supaya mereka dapat menjumpai aku. Hanya kaulah penyelamatku Ya Allah. Kau makbulkanlah doa hambaMu yang hina ini Ya Allah. Kau  terangkanlah mata mereka dan jauhilah mereka dari segala bisikan syaitan yang boleh mengganggu mereka dalam pencarian ini Ya Allah. Hanya Kau tempatku mengadu dan berserah..”  hampir habis air mataku gugurkan dan kali ini aku bertekad untuk tidak menangis lagi. Angin masih lagi bertiup kencang dan tiada tanda-tanda untuk reda. Aku mengambil inisiatif untuk turun kebawah dan berpaut pada batu dihadapan sana. Kemahiranku dalam berenang masih boleh diguna pakai dalam saat-saat seperti ini.
            “Bismillah….” Lafazku sambil meletakkan kaki ke permukaan air dan tanganku masih lagi berpaut pada dahan kayu itu.
            ‘Sejuk sungguh air disini. Subhanallah.’  Aku bermonolog. Aku berenang mengikut arah arus air dan terus berpaut pada batu besar yang berada betul-betul di tengah-tengah anak sungai. Bimbang juga aku jika ada haiwan yang berbisa di dalam sungai ini. Minta dijauhkan oleh Allah segala perkara yang tidak kuingini. Hujan turun dengan lebat dan kilat sabung-menyabung tidak tentu arah. Aku masih terus berpaut pada batu itu dan senja menjelang. Dengan keadaanku yang basah kuyup serta otakku tidak dapat berfikir idea terbaik untuk aku selamatkan diri. Aku teringin hendak ke tebing  tetapi tebing terlalu jauh untuk aku sampai ke sana. Jika aku lepaskan tanganku dari batu besar ini tentu aku telah hanyut dibawa arus air yang deras ini. Aku harap bantuan cepat sampai kepadaku. Hanya Allah tempatku memohon pertolongan. Salahku juga kerana lambat mengekori mereka dari belakang. Dan tahu-tahu sahaja aku telah terpisah dari mereka dan aku terus berjalan tanpa tujuan demi mencari mereka sehinggalah aku berada di dalam sungai. Ini juga disebabkan sifatku yang mahu mencuba sesuatu yang baru. Aku telah memanjat suatu pokok yang agak tinggi berhampiran dengan sungai. Ketika aku naik panjat ke atas aku telah berdiri di suatu dahan yang agak besar dan aku fikir ianya kuat untuk menampung berat aku ini namun malang tidak berbau apabila dahan yang aku beridiri itu secara tiba-tiba mereput dan patah. Aku tersungkur ke bawah dan terpaksa melepasi setiap dahan yang ada pada pokok itu. Badanku sungguh sakit kerana terhentak di setiap dahan yang ada sehingga dahan yang terakhir terdapat beberapa ranting disitu dan aku berpaut sahaja disitu.
            Emak dan ayah tentu bimbang jika mereka mengetahui keadaan aku ini. Aku dapat rasakan bahawa Adam turut bimbang akan keadaanku. Mana tidaknya dari dahulu sehingga sekarang dia sahaja yang selalu melindungiku.
            Tiba-tiba ada satu kayu besar yang hanyut datang kearahku. Aku menjerit tidak sedarkan diri. Aku mengeratkan lagi pautan tanganku pada batu itu supaya tidak dihanyut dek air sungai yang agak deras.
JJJJJ
            “Kau dengar tak suara orang menjerit?” soal Adam. Luqman hanya mengangguk.
            “Itu tentu suara Ina, mari cepat kita ikut arah suara tu..”
            “Tapi Am, aku rasa baik kita cari sungai dahulu sebab kalau kita ikut arah sungai mengalir mungkin kita boleh jumpa Ina disitu. Tak mustahil jika kita jumpa dia di dalam sungai.” Sampuk Luqman.
            “Firasat aku pun kuat mengatakan bahawa Ina ada berhampiran sungai. Lagipun dalam banyak-banyak tempat, tempat berhampiran sungailah yang paling terang kerana tidak terdapat banyak pokok di sana. Kau pun tahukan yang Ina tu tidak suka pada kegelapan.” Sambung Adam lagi.
            ‘Kalau dah tinggal berjiran tu surelah semua tentang Ina dia tahu. Jelousnya aku.” Berkata hati Luqman.
            “Ya tak ya jugakan Man. Terbaiklah kau ni. Tetapikan Man cuba kau tengak jalan di hadapan ini?” 
            “Ish, kita berpecah sahajalah. Mahu?”
            “Aku tak kisah. Kau sahajalah aku risau. Tidak mengapa ke? Kau kan tidak biasa….”
            “Aku okey sahaja. Dahlah tu. Syuh, syuh.. kau ikut jalan sana, aku ikut jalan sini. Kalau aku layan kauni sampai besok pun kita tidak jumpa Ina tahu.” Ucap Luqman.
            “Wait Man. Di kesempatan ini aku hendak tanya kau, kau ada simpan perasaan ke pada Ina?” tajam tusukan mata Adam pada Luqman. Sebenarnya dia tidak berniat pun untuk menakutkan Luqman. Sengaja dia hendak mengetahui isi hati kawan baiknya itu.
            “Erm, kau rasa? Untuk pengetahuan kau, aku dah lama simpan perasaan pada dia sejak kau bawa aku pergi rumah kau dahulu. Kau ingat lagi tak yang kita datang rumah dia dan buat onar. Kita tanggalkan rantai basikal dia dan cabut lari. Tahu-tahu sahaja dia ada di rumah kau. Terkejut aku masa itu kerana begitu pantas dia berada di rumah kau. Rasa cemburu pun ada juga apabila melihat betapa rapatnya hubungan kau orang berdua. Sejak itu juga aku pendam sahaja perasaan sehinggalah kau bertanya aku tentang perkara ini.” Cerita Luqman dengan panjang lebar.
            “Aku tak sangka, kawan baik aku sendiri ada menaruh hati pada jiran merangkap adik angkatku itu. Kau pun tahu bukan yang aku pun ada perasaan terhadap dia. Jadi sekarangni, adakah kita musuh?”
            “Kita tidak pernah bermusuh dalam segala hal Am. Kita dah macam adik-beradik, kau, aku, dan Izzat. Jadi, jika kau anggap Ina itu adik kau, dia pun automatic  menjadi adik aku juga. Sharing is loving, right Am?” Luqman inginkan kepastian.
            “Betul juga tu Man. Okey. Sekarang kita sama-sama menggembeling tenaga mencari adik kita yang tersayang itu.” Kata Adam dengan penuh semangat.
            “Pastikan kita jumpa di tapak perkhemahan ya.” Balas Luqman pula.
            “Insyaallah, Man.”
            Sepanjang perjalanan, Adam teringat akan pengakuan  Luqman sebentar tadi. Dia tidak menyangka bahawa rakannya itu akan meluahkan segalanya padanya. Sungguh, Luqman adalah seorang yang jujur dan berterus-terang. Tetapi tiada siapa yang mengetahui bahawa Adam bukan sekadar  menganggap Alia Sabrina sebagai seorang adik malah lebih dari itu. Hanya dia dan ibunya sahaja mengetahui hal ini dan dia turut berharap bahawa Alia Sabrina juga sepertinya. Adam meneruskan pencariannya.
JJJJJ
            “Aduh sakitnya.” Dalam kepayahan aku berenang sebentar tadi, lupa aku pada kesakitan yang melanda kakiku ini. Kakiku mulai kebas apabila berada terlalu lama di dalam air.
            “Otoke? Otoke?” tiba-tiba terkeluar bahasa korea pula.
            ‘Sampai bila aku hendak berada di dalam sungai ini?’ monologku. Aku pasrah sahaja dengan apa yang akan terjadi selepas ini.
            “Arghh... alamak, kaki kejangla. Tak boleh bergerak..” meleleh air mataku dalam keadaan panik seperti ini. Aku tidak tahu untuk melakukan apa-apa dalam keadaan begini.
            ‘Mana Am ni, aku dalam keadaan macamni pun dia tidak datang. Tengoklah balik nanti aku report dekat emak.’ Aduku. Dalam kepayahan aku berusaha untuk duduk di atas batu tersebut, tetapi kakiku yang sakit telah menidakkan idea aku.
            Hujan hanya renyai-renyai sahaja. Aku ternampak sesuatu yang agak mencurigakan, aku rasa benda bergerak dikakiku. Ianya lembut seperti belut. Tidak mugkin belut, fikirku, dan tidak mustahil juga....
            “Argh... mak, ayah! ular, ular! Am tolong Ina, Am! Ina takut..” semakin deras air mataku mengalir, tidak selebat hujan yang turun sekarang. Aku terus menjerit dan menjerit bagi memberi isyarat kepada mereka yang sudi membantuku. Ular yang berada di bawahku pula seperti tidak mahu berganjak dari kakiku ini.
            “Ya Allah, hambamu ini hanya mengharapkan pertolongan dariMu. Kau berilah bantuan kepadaku. Aku tidak mampu melakukan apa-apa dalam keadaan begini Ya Allah. Dan aku juga mengetahui bahawa doa orang teranaiya itu dimakbulkan olehMu. Aku mohon padaMu, berilah kemudahan padaku.” Doaku dalam nada yang agak kuat. Aku tidak kisah jika ada orang yang mendengar doaku ini, yang penting aku dalam keadaan bahaya seperti harus di keluarkan dari sungai ini. Bulan telah mengambil tugas dari sang matahari.
Tiba-tiba...
            “Ina ke tu?” kata seseorang sambil menyuluh lampunya ke arahku. Aku tidak dapat melihat rupanya dengan jelas kerana cahaya yang agak gelap selepas hujan. Aku terus sahaja mengangguk tanpa berkata apa-apa. Aku berasa letih untuk menjawab segala pertanyaan yang akan diajukan nanti. Lebih-lebih lagi dengan keadaanku yang hampir pitam ini.
            “Alhamdulillah. Ina, ini Am. Ina tunggu ya Am datang di situ. Jangan bergerak. Pegang batu itu kuat-kuat.” Kata Adam. Dia terus terjun masuk ke dalam sungai dan berenang ke arah aku. Diriku berasa penat yang teramat sehingga aku tidak menyedari bahawa aku telah melepaskan tanganku dari batu besar tersebut dan kemampuanku tidaklah seperti Adam, aku tidak mampu untuk memaut kembali batu itu. Aku redha dangan apa yang bakal berlaku kepada kami.
            “Ina, Am kata jangan lepas dari pegang batu itu.” Tegur Adam kepadaku.
            Kemudian aku merasakan diriku dipaut oleh seseorang dan membawaku ke tebing sungai. Dalam keadaan separuh sedar, aku sempat berkata di dalam hati..
            ‘Terima kasih Ya Allah. Kau telah mengurniakan sahabat yang sebaik Muhd Adam Solihin. Aku bersyukur kepadaMu. And Am, you are my hero, thank you Am.’  Aku sedia maklum bahawa Adam sangat power dalam hal merawat orang, jadi tidak hairanlah dia menjadi ketua dalam semua jenis unit beruniform di sekolah. Hal ini kerana dia telah mewarisi bakat aruah ayahnya sebagai doktor.
            Setelah membaringkanku, dia memeriksa segala luka yang ada padaku dan ketika dia menyuluh ke bahagian kakiku, dia mendapati ada kesan garisan seperti bercalar. Lalu dia mengangkat kakiku dekat dengan mukanya dan aku terkejut apabila dia mendekatkan mulutnya pada kakiku. Caranya seperti hendak membuang bisa yang ada pada kakiku ini. Patutla aku berasa sangat letih dan hampir pitam di dalam sungai tadi, rupanya terkena bisa ular. Aku harap tiada apa-apa yang berlaku pada diriku ini. Aku melihat mulut Adam berdarah. Jangan-jangan sukar untuk mengeluarkan bisa itu, Adam harus berada dalam konidisi yang baik, kalau tidak siapa lagi yang akan datang selamatkan kami. Aku memegang tangan Adam. Menandakan supaya dia berhenti dari terus mengeluarkan bisa itu kerana dikhuatiri dia juga menerima kesan.
            “Tidak mengapa Ina, sikit sahaja lagi. Ina sabar ya. Selepas ini Am akan balut kaki Ina dengan kain anduh, then kita bina port di sini sementara menunggu bantuan sampai. Adam terus menguruskan tempat ini. Dia membentang ‘sleeping bag’ dan membuat unggun api. Tiada khemah di bawa kerana semua khemah telah didirikan di tapak perkehmahan. Kira okeylah juga ada ‘sleeping bag’ disini.
            Adam mengangkat dan membaringkan aku di atas ‘sleeping bag’ sambil berkata..
            “Ina rehat dulu, nanti Am panaskan mushroom soup untuk Ina. Kita boleh makan sama-sama. Kalau dah siap, Am kejutkan Ina. Ina rehat sahaja..” menitis lagi air mataku melihat kebaikan Adam. Apabila di rumah aku selalu cari gaduh dengan dia, tidak sangka pula aku dia ada hati semulia ini. Sedari tadi aku tidak mengeluarkan sepatah kata, tentu dia rasa pelik. Sempat lagi dia memakaikanku sweaternya. Kini aku merasa selamat dan tenang disamping Adam. Kalaulah masa berhenti...
            “Ina. Ina. Bangun ya, kita makan. Mushroom soup dah masak ni. Meh sini Am suap kalau Ina tidak mampulah.” Cakap Adam. Dengan segala kudrat yang ada, aku cuba menggagahkan diri untuk duduk namun apakan daya tenagaku telah diserap semua oleh bisa ular tadi membuatkan aku tidak mampu untuk bangun. Melihat keadaan aku itu, Adam mengangkat kepalaku dan meletakkan kepalaku itu di atas pehanya supaya bahagian kepalaku berada tinggi sedikit dari badan bagi memudahkan makanan turun ke perut. Terharu aku dibuatnya. Dengan perlahan dia menyuapku, entah kenapa aku hilang selera untuk makan ketika itu padahal perutku meronta-ronta untuk menerima makanan. Disebabkan rasa bimbang, dia memaksa juga aku untuk makan dengan memujukku supaya membuka mulut. Dia melayanku seperti anak kecil. Hampir menangis aku di situ. Kalaulah ibu dan emak maklum tentang perkara ini, sudah tentu mereka terharu dengan sikap Adam ini.
            “Ina, makan sikit ya. Am risaulah dari petang tadi Ina tidak menjamah satu makanan pun. Nanti ibu dan emak marah Am sebab tidak menjaga Ina dengan baik. Ina, please. Makan ya.” Pujuk Adam. Aku terpaksa menerima suapannya setelah dia menyebut nama ibu dan emak. Aku tidak sanggup melihat Adam dimarahi emakku, lebih-lebih lagi ibu Adam. Ibu Adam sangat tegas, tetapi dalam tegasnya terselit kelembutan seorang ibu.
            “Ha.. macam itulah. Kesian Ina sebab terpaksa tunggu berjam-jam di dalam sungai sana untuk menerima bantuan. Am minta maaf sangat tidak dapat melindungi Ina dalam keadaan sebegini. Masa Am dapat tahu yang Ina hilangkan, Am sudah mula risau. Risau Am bukan satu tetapi dalam banyak aspek. Satunya risaukan Ina, takut Ina diapa-apakan ke dekat dalam hutan ini. Kedua, risau dimarahi ibu Am. Ina macam tidak kenal sahaja ibu Am itu, Inakan anak kesayangan dia walaupun dia ada anak yang lebih penting daripada Ina. Am jelous dengan Ina. Kemudian, Am risau kalau Am tidak dapat berjumpa dengan Ina lagi. Am takut sangat kalau nanti tiada siapa hendak temankan Am study, tiada siapa yang hendak kacau Am apabila Am sedang layan ‘Facebook’, tiada siapa yang hendak buatkan air untuk Am selepas Am pulang lewat daripada aktiviti sekolah...” menitis semula air mata yang hendak kering sebentar tadi.
            ‘Kenapa Am beritahu seua ini? Aku rasa tidak perlu dalam keadaan ini. Tidak sesuailah. Apalah Am ni. Tidak kena pada tempatlah’ bisikku sendirian. Aku tidak sedar bila masa aku terlelap.
JJJJJ
            “Terdapat dua orang pelajar di kawasan berhampiran sungai, tuan.” Kata seorang pegawai polis dari dalam helikopternya.
            “Ina. Ina, bangun. Bantuan sudah sampai. Alhamdulillah.” Adam megejutkanku untuk bangun.
            Aku menggosok-gosok mata. Hari sudah siang. Aku cuba membangunkan diri.
            “Aduh, Am.” Terluah jua kata-kataku kepadanya. Aku memegang bahagian kakiku yang terkena bisa itu. Sungguh sakit rasanya. Sukar untuk ditafsirkan.
            “Puan, angkat dia baik-baik ya. Dia sakit. Kakinya masuk bisa tetapi saya sudah buangkannya semalam. Selebihnya saya serahkan kepada pihak puan.” Kata Adam kepada Inspector  Najihah.
            “Adik. Adik jangan risau. Apa yang adik lakukan itu adalah rawatan awal untuk kawan adik which is good for her earlier condition. Kami akan hantar kawan adik ini ke Pusat Rawatan Islam Pusrawi dan adik diminta ikut sebagai saksi kejadian.” Jelas Inspector Najihah.
            “Adik hanya perlu berdoa dari semasa ke semasa bagi keselamatan kawan adik ini. Boleh kami minta nombor telefon parents kawan adik ini?” sambung Inspector Najihah.
            “Er.. rasanya tidak perlu kerana saya sendiri yang akan memaklumkannya kepada mereka kerana saya berjiran dengan mereka. Rumah bersebelahan sahaja.”
            “Jika begitu, tidak mengapalah. Jangan lupa sampaikan ya.”
            Kami bersama-sama menaiki helikopter menuju ke Hospital Pusrawi. Aku melihat kerisauan terlukis diwajah Adam. Aku berharap supaya ibu bapaku dan ibu Adam akan mendengar berita yang baik sahaja daripada kami.
JJJJJ
            Di hospital, Adam diminta untuk menunggu di luar sementara aku dimasukkan ke bilik yang tertulis ‘Emergency Room’. Adam tidak putus-putus berdoa bahawa aku selamat.
            Selepas beberapa jam, aku di masukkan ke ward biasa. Di situ aku melihat semua teman-temanku yang mengikuti camp itu berada di ward tersebut. Sekali lagi aku terharu dengan sikap rakan-rakanku. Tetapi ada seorang yang tidak bersama-sama kami di dalam bilik itu. Adam. Di mana dia agaknya?
            “Relaxla Ina, Am pergi panggil parents Ina and ibu dia.” Kata salah seorang daripada mereka. Masing-masing bertanyakan keadaanku. Mereka bertanya tantang ular, bagaimana aku terpisah dangan ahli kumpulan akun dan tidak kurang juga ada yang bertanya tentang keadaanku ketika bersama dengan Adam. Geli hatiku melihat reaksi mereka.
            “Jangan tanya dia banyak sangat soalan. Dia baru keluar emergency ward. Bagilah dia berehat dahulu. Kalau ya pun hendak tanya, tidak boleh ke dekat sekolah nanti? Hari ini dia hendak berehat. Kalau aku tahulah begini, tiada punya aku bagi kau orang masuk melawat Ina...” jelas Adam.
            “Woouh.... Am..” suara mereka seperti mengejek Adam. Masuk bersama Adam, emak dan ayahku serta ibu Adam.
            “Aunty, kesian Am angkat Iena dalam keadaan hujan tempoh hari. Mesti Am pun sakit juga, bukan?” soal Aisyah sambil memeluk lengan ibu Adam, menandakan yang dia caring terhadap Adam dan kemudian pergi kepada Adam untuk melihat kondisi Adam pula.
            “Untuk pengetahuan semua, ini adalah tanggungjawab Adam dalam melindungi Ina. Wasiat aruah ayahnya yang lepas turut menyatakan bahawa Adam perlu melindungi dan menyayangi Ina seperti adik sendiri. Jadi, disebabkan perkara ini, kamu semua janganlah salah faham hubungan antara Adam dan Ina. Kami sudah dikira seperti sebuah keluarga besar.” Jelas ibu Adam.
            “Jadi, suatu masa nanti Am akan dikahwinkan dengan Inalah. Tidak boleh jadi ini.” Keluh Aisyah pula. Semua ketawa mendengar keluhan Aisyah itu.
            “Bukan macam itulah Sya. Kalau Sya hendak sangat si Am itu, Sya cakap sahaja sebab alang-alang telah berada di hadapan bakal emak mentua, baik lepaskan sahaja semuanya Sya. Betul tak?” aku berseloroh. Merah muka Aisyah dibuat aku. Kenapa dia tidak mahu menjawab pula, tadi bukan main berceloteh.
            “Maybe dia malu dengan kata-kata Ina, then dia pun lari keluarlah kononnya hendak mencari ketenangan.” Tambah Husna pula. Gamat ward yang aku duduki itu dengan suara-suara mereka.
JJJJJ
            “Am. Terima kasih ya sebab tolong Ina semasa  di dalam sungai tempoh hari.” Ucapku ketika kami berdua di dalam ward itu. Hari ini turn Adam untuk menjaga aku.
            “Sudah tanggungjawab Amlah Ina. So, lepasni kalau Am sakit Ina pula yang kena jaga Am tahu. Jangan hendak mengelat pula. Ingat Am tidak kenal sikap Ina ke yang suka sangat mengelat dari masalah...” kata Adam.
            “Alah, bukan apa pun. Am ingat Ina larat ke hendak tolong Am buat itulah, inilah. Lagipun Inakan perempuan. Setakat novel yang Ina bacakan Hero tidak pernah menyusahkan Heroinnya. So, kirenya Am tidak boleh jadi Hero Inalah lepasni.”
            “Kenapa pula? Sampai hati Ina buat Am macamni. Am tak nak kawan Ina. Ina duduklah dalam wardni alone. Am hendak balik.” Rajuk Adam.
            “Merajuklah itu. Am relaxla Ina gurau sahajalah, cepat sangat ambil hati. Apalah Am ni. Macam perempuan. Ina pun tak macam itu tahu. Kalau Am tinggalkan Ina, siapa hendak temankan Ina dekat sini?”
            “Inakan tidak suka dengan Am, Ina pergilah ajak Izzat ke Luqman ke temankan Ina dekat sini.” Seloroh Adam.
            “Ina tak nak Luqman and Izzat. Ina hendak orang itu adalah orang yang sentiasa disisi Ina, tidak kira malam atau siang dia sentiasa ada dekat dengan Ina, selalu protect Ina apabila Ina kena buli, selalu belanja Ina dekat kantin, selalu bantu Ina dalam pelajaran and yang paling penting Ina selalu buli orang itu apabila dia datang ke rumah Ina. Orang itu juga telah menjadi Hero dihati Ina tanpa Ina sedari. Kecekapannya memberi rawatan teserlah ketika dia merawat seorang gadis di dalam sebuah hutan belantara dan orang itu mempunyai ramai admire perempuan di sekolah. Bukan di sekolah sahaja malah di kawasan perumahan ini juga. Ina takut hendak beritahu orang itu bahawa Ina sudah mula suka dengannya sebab mugkin Ina akan bertepuk sebelah tangan.” Aku terus  selubung diriku setelah meluahkan segala-galanya kepada Adam. Mukaku sudah merah tahap ke berapa pun aku tidak pasti. Yang penting aku berasa puas. Aku harap dia tidak membawa perkara ini ke sekolah.
            Adam yang terasa dirinya adalah ‘orang itu’ yang dimaksudkan aku, menjerit sekuat hati kerana dirinya pun tidak bertepuk sebelah tangan. Gembira bukan kepalang.
            “Maaf Encik, ada apa-apa problem ke yang perlu saya mepriksa?” tanya seorang jururawat setelah meguak pintu wardku.
            “Eh, tiada apa-apa masalah yang perlu diperiksa nurse, pesakit sihat wal’afiat dan didapati sedang tidur dengan lena di atas katil sana. Segala khidmat nurse saya bagi pihak pesakit mengucapkan terima kasih kerana telah meringankan beban pesakit-pesakit yang ada di hospital ini. Terima kasih ya.” Ucap Adam sambil memberikan senyuman yang paling menggoda kepada kakak nurse itu. Nurse itu terus keluar dengan senyuman yang lebar juga. Maybe tidak menyangka akan berjumpa dengan orang sekacak Adam di sini.
            “Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah, kerana telah mengurniakn kehidupan yang terbaik buatku, aku bersyukur juga kerana Kau telah mempermudahkan urusanku sepanjang aku hidup di dunia ini. Alhamdulillah.” Doa Adam. Aku yang mendengarnya turut bersyukur dan berterima kasih kerana Allah telah menjadikan keluarga Adam sebagai jiranku.