LAHIRNYA . . .

My photo
Lahirnya aku adalah untuk menjadi yang terbaik di sisi ALLAH ! Aku harapkan kekuatan dariMU untuk menempuh hari mendatang ! "Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab."

Sunday 20 November 2011

Pencarian tidak berpenghujung

Aku adalah seorang wanita yang masih mentah. Masih memerlukan ilmu untuk teruskan kehidupan. Masih memerlukan kasih sayang. Kasih sayang yang dimaksudkan bukanlah kasih sayang oleh seorang lelaki yang tidak halah bagiku. Tetapi kasih sayang daripada dua orang ibu bapa yang mendidikku daripada aku kecil sehinggalah aku dewasa. Mereka membesarkanku dengan penuh sabar dan tanggungjawab. Aku sayang mereka. 
    
        Setiap hari aku tercari-cari, siapakah diriku? aku sering tertanya-tanya layakkah aku untuk menjadi seorang muslimah yang sentiasa menundukkan pandangan kerana ALLAH? Layakkah aku untuk menjadi seorang muslimah yang taat perintah Allah dan ibu bapa? Layakkah aku untuk menjadi seorang muslimah yang cukup solat lima waktunya kerana ALLAH? Layakkah aku untuk menjadi seorang muslimah yang sentiasa redha dengan sebarang dugaan yang diberikan olehNYA? Layakkah aku untuk menjadi seorang muslimah yang akan menggegarkan dunia seperti Sumayyah? Layakkah aku untuk menjadi seorang muslimah yang sabar seperti sabarnya Zinnirah yang mempertahankan akidah ISLAM ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat? Layakkah aku menjadi seorang muslimah yang berani dan tidak gentar seperti Asma'? aku sering tertanya-tanya. Ingin sekali aku meluahkan apa yang terbuku dihati. 

        Namun kepada siapa. Hanya ALLAH yang mengerti perasaanku saat itu. Jika tidak ku temui jawapannya. Air mata akan mula membasahi pipiku tanpa kusedari. Aku tahu aku seorang hamba yang lemah yang sukar untuk bangun Qiamulail pada malam hari. Aku juga tahu solatku tidaklah selengkap solat Sultan Muhammad Al-Fateh yang tidak pernah tinggal solat witir dan Qiamulail. Aku merintih sendiri. "Aku teringin menjadi seperti tokoh-tokoh zaman kegemilangan ISLAM dahulu. Ya ALLAH, Kau berilah kekuatan kepada hambaMu ini." 

        Pada suatu hari dalam tahun 2011 ini, ibu bapaku menghantar aku ke salah sebuah sekolah menengah kebangsaan agama di Perak. Aku seperti keliru untuk membuat keputusan dan akhirnya mereka yang menentukan bagi pihakku. Aku masih keliru  walaupun namaku telah didaftarkan di sekolah tersebut. Aku melihat kawasan di persekitaranku, sejuk mata memandang kerana aku turut memakai pakaian seperti mereka. Bertudung labuh, berstokin (memang aku amalkan sejak kecil lagi), dan berarmsocks bagi pelajar muslimah manakala bagi pelajar muslimin pula memakai pakaian yang sepatutnya dipakai oleh remaja mulsim. Aku terfikir, adakah ini yang aku cari selama ini? adakah saat ini yang aku tunggu-tunggu selama ini? Aku masih belum menemui jawapan. 

        Di suatu sudut aku termenung sambil otakku berjalan, adakah di tempat ini  ALLAH ingin menjawab segala persoalanku? Aku teruskan pencarian. Setelah beberapa bulan di sekolah itu, aku mula merasai ketenangan, bukan ketenangan yang biasa tetapi ketengan yang sukar ditafsirkan. Di sekolah itu juga, aku sering mendekatkan diriku kepada ALLAH kerana jadual menuntut para pelajar menghabiskan masa di masjid. Namun aku tahu bahawa katenangan ini tidak akan kekal lama selagi aku tidak cuba untuk mengubah diriku ini. ALLAH berfirman dalam kitabNya,

" Sesungguhnya Aku tidak akan mengubah 
sesebuah kaum hingga mereka mengubah diri mereka sendiri "

        Sehinggalah pada suatu hari, ada ramai para Alumni sekolah datang untuk memberi tazkirah dan ingin mengubah akhlak pelajar-pelajar yang sememangnya sama sekali jauh berbeza dengan akhlak pelajar-pelajar ketika zaman mereka. Aku tertarik dengan seorang Alumni ini, nama beliau tidak perlulah aku hebahkan disini kerana aku yakin dia sedang dalam perlindungan ALLAH sekarang, insyaAllah. Alumni ini sering menjenguk ke sekolah dan memberi ceramah-ceramah yang memotivasikan diri. Kadang-kala ada sesetengah ceramahnya membuatku ingin menitiskan air mata kerana aku takut dengan azab ALLAH terhadap orang yang melakukan dosa. 

        Aku bersyukur kerana ALLAH masih ingin memberikan sedikit perasaan takut itu kepada seorang hamba yang hina seperti diriku ini. Seperti baru-baru ini, Alumni tersebut ada memberi caramah berkaitan dengan tarikh 2012. Itu juga merupakan ceramah terakhir beliau pada tahun ini. Apa yang begitu menyentuh jiwaku adalah bagaimana perjalanan kita untuk menyusuri hari-hari mendatang. Aku berasa sangat takut setelah semua perkara dirungkai oleh Alumni tersebut. Jika aku ada kuasa teringin saja aku mengikutnya kemana saja dia pergi. Tetapi aku hanya seorang wanita yang mempunyai perasaan malu yang menyelebungi diri ini. Aku turut berdoa agar aku tidak tergolong dalam golongan orang-orang ROM yang kekal hingga ke hari kiamat. Aku takut menempuhi saat-saat itu kerana aku tahu imanku masih lemah dan Alumni itu memberitahu kami bahawa dia beliau selalu berdoa begini,

" ya ALLAH, jika aku hidup ini adalah untuk membuat maksiat saja lebih 
baik kau matikan aku sajalah dari aku terus lalai dengan keadaan dunia yang nazak ini ya ALLAH. Jika aku hidup ini demi untuk membetulkan keadaan umat ISLAM sekarang 
Kau berilah aku kekuatan dan perlindunganMu ya RABBI. Sesungguhnya aku bukanlah
 Rasul yang sempurna segalanya. Kau bantulah aku ya ALLAH. "

        Alumni tersebut mengakhiri ceramahnya dengan doa tersebut. Aku terasa air mataku bertakung. Cepat-cepat aku lapnya dengan kain telekongku. Aku tak nak kawan-kawan ku melihat aku menangis. Aku hanya pendam perasaan ini deorang diri dan hanya mengadu kepada ALLAH. Aku sering terfikir bagaimana untuk aku tempuhi bahana akhir zaman ini. Hanaya iman yang menentukan. Hanya niat yang menggerakkan. Aku redha dalam tangisan. Dan aku terfikir bukan semua sekolah di dalam dunia ini sempurna walaupun sekolah agama, namun aku harus terus menjaga maruah diri sebagai wanita, aku harus terus menegakkan panji-panji ISLAM, siapa lagi yang akan menegakkan ISLAM pada masa akan datang jika bukan kita yang menegakkannya sendiri, dengan tangan kita sendiri. 

        Jangan sampai satu hari nanti negara kita, Malaysia ditakluk oleh Amerika Syarikat, jika tidak pun oleh negara yang sekutu dengannya. Jangan sampai satu hari nanti Azan tidak kedengaran lagi di bumi Malaysia ini. Jangan sampai satu hari nanti para alim ulama tidak mendapat mengeluarkan kebenran gara-gara disekat oleh rejim zionis. Jangan sampai negara kita menjadi SAMA dari segi budaya dan segalanya seperti di negara barat. MasyaAllah, walaupun bukan semua, namun ada sebahagiannya telah berlaku di negara kita. Nak ke kita menjadi seperti di Iraq, Palestin, dan negara-negara ISLAM yang lain yang sedang dijajah oleh kekejaman manusia yang tidak berperasaan. Anda semua fikirlah. Cubalah renungkan sebentar. Cubalah berfikir apakah sumbangan kita kepada ISLAM ? 

Ingatlah bahawa Allah telah berfirman,

" Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana apa yang telah ALLAH lebihkan sebahagian mereka diatas yang lain dan kerana belanja yang telah mereka keluarkan daripada harta mereka " 
(Surah An-Nisa:34)

        Maka kaum Adam, kau pimpinlah kami-kami ini iaitu kaum Hawa untuk pergi bersamamu berjihad di jalan ALLAH. Sesungguhnya kami mengharapkan perlindunganmu selain bertawakal kepada ALLAH.


Aku akan terus mencari ...