LAHIRNYA . . .

My photo
Lahirnya aku adalah untuk menjadi yang terbaik di sisi ALLAH ! Aku harapkan kekuatan dariMU untuk menempuh hari mendatang ! "Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab."

Friday 8 April 2011

LELAKI..

Dulu,
apabila disebut lelaki,
wanitanya mendongak megah,
lelaki kami Asadullah, Saifullah,
tokoh ramai tak terkira.
Kini,
apabila disebut lelaki,
wanitanyanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya boneka yahudi.

Dulu,
apabila disebut lelaki,
wanitanya tenang dihati,
lelaki kami menjaga, melindungi.
Kini,
apabila disebut lelaki,
wanitanya mahu cabut lari,
lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
apabila disebut lelaki,
sepasukan kuda putih membela,
Al-mu'tasim kebanggaan wanita.
Kini,
ribuan wanita suci dipenjara,
fatimah diperkosa minta dibela,
lelaki tunduk tidak bertenaga.

Dulu,
apabila wanita di bawah jagaannya,
lelaki memagari sehabis daya,
tiada siapa berani menggoda.
Kini,
apabila wanita di bawah jagaanya,
lelaki tak kisah auratnya di buka,
wanita dibiar bebas, binasa.

Dulu,
lelaki menggadai harta dan nyawa,
untuk mengangkat kemuliaan agama.
Kini,
lelaki menggadai ketinggian agama,
demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
lelaki bermatian mencipta sejarah,
kental berjihad tekun berdakwah.
Kini,
lelaki hanya menyanjungi sejarah,
diri bermalasan tenaga tidak dikerah.

Dulu,
lelaki memerjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zurnurain mati terbunuh.
Kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.

Dulu,
lelaki bersatu menghadapi musuh,
angkatannya kuat dan kukuh.
Kini,
lelakinya berpuak dan berpecah,
sesama sendiri saling bertelingkah.

Kembalilah lelakiku,
Pada kelelakianmu,
Kami rindukan lelaki dahulu,
Acuan medrasah Rasul

No comments:

Post a Comment